Posted by: dieyla | January 6, 2010

dieyladotcom

Boleh click kat gambar ni kalau dah tak sabar nak g tengok blog baru. Hehe.

Ape ni? Ape ni? dieyladotcom ape ni? Hehe. Oklah Pasni kita akan berpindah rumah ye kawan kawan. Segala update akan diupdate kat rumah baru which is rumah berdomain dan berhosting sendiri. Fewiitt!! Ok tak sangka akhirnya aku dapat berumah tangga eyh berumah tangga pulak. Berumahkan blog dengan nama sendiri. LOL. Macam mimpi pulak. Nervous pulak aku rasa. Haha padahal sama je. :P

Diharap boleh tukar link masing masing dari dieyla.wordpress.com kepada dieyla.com sahaja. Tukar tauuu! Ok pergi tukar skang. Cepat. Hoho~ Sape taknak tukar saya pok. Haha. Gile apa main paksa paksa orang. Hehe anda bersabar je la dengan perangai saya ni ek. (-_-’) Okla segala kesulitan yang akan berlaku pasni amat dikesali. LOL. Belom pape dah cakap pasal kesulitan. Sebab memang sulit pun. Hehe. Pening wei kepala. Aku nak cari theme yang menepati citarasa aku pun bukan main lama. Tu pun banyak lagi benda tak edit. Tapi takpela. Kita launch je dulu. Papehal kita edit nanti pulak. Dah tak sabar wei nak menconteng kat sana pulak. Heh padahal pakai WP jugak. So basically sama je. Hehe. Ok ada tak sape sape kat sini yang nak amek upah edit blog aku bagi cantek? Ok serius ni. Kalau ada contact me hokayy!!

Okla. Di sini saya nak ucapkan ribuan terima kasih (eceh macam nak bagi ucapan hape je) dekat Mr Kay yang banyak membantu (pasal jual beli domain sume serah kat dia je. Ingat aku pandai ke. Muehehe~) and bagi tunjuk ajar sampai seorang Dieyla yang tak tau pape ni dah pandai setup blog sendiri. LOL. Ok tak lupa jugak bantuan dari entry blog Khai yang ajar satu satu untuk orang yang teringin nak ade hosting dengan domain sendiri. Contohnya macam aku la kan. Hehe. Ok terima kaseyyyy!! (Ala ala Alleycat gitu. Hihi.)

Ok la tunggu ape lagi?

Jom serbu blog baru.

Weeee!! (Ok excited ni. Hehe)

Cilck bawah ni.

http://dieyla.com/

Posted by: dieyla | January 1, 2010

New Year Yoww!

And yeah seperti yang dijangka aku memang habiskan masa kat bilik je semalam. Pastu time dah pukul 12 malam tu bunyik la mercun bagai. Taktau datang dari mane. Time tu baru rasa suasana New Year LOL. Time tu duk sebok bertwit dengan berym. Pastu siap boleh tak ingat langsung nak wish kat buah hati ecewah geli i. Sampai la dia yang wish dulu LOL. Dia pulak time tu tengah on the way balik Batu Pahat tercinta dia tu heh.

Dan harini saya bertekad taknak duk kat bilik je. Boleh jadi gile aku camni. Haha. Ok tu azam pertama kot untuk harini. Muehehehe~ Rasa macam budak nerd gila bila duk bilik ni tak keluar langsung. Duk mengadap laptop je 24/7. Mau boleh juling mata aku. Heh. Tapi masalahnya aku taktau nak ajak sape keluar ni. Semua macam busy je. Kambeng gurun betol la. Haha. Nak keluar sorang memang takyah harap la kan. Aku memang takkan buat. :P

Ok tujuan utama entry dibuat kali ni nak bagitau azam aku untuk tahun ni. Tahun 2010 yang penuh berkat ni eceh. Kau ingat kau sorang je ke ada azam. Aku ade jugak LOL. Ok list azam bermula skang :

  1. Azam pertama aku adalah untuk habeskan master aku dengan cemerlang nya. Fewitt!! Nak jadi pelajar cemerlang ke apa Dieyla ni. Hehe. Kalau dah last sem baru nak jadi pelajar cemerlang takde maknanya kan. Tapi at least aku nak la result Master aku boleh divanggakan ibu bapa. Bukan asyik nak cukup makan je heh. Ok Mama dengan Abah, dengar la anak mu berazam ni. Haha~
  2. Bila dah habes master tu, boleh lah kita habeskan zaman bu… HAHAHAHA~ Tak tak. Cancel yang ni. Lambat lagi ni. :P
  3. Bila dah habes belajar harus la cari kerja kan. Aku nak dapat kerja yang baik. Income ok, environment ok, tak stress. (Ok ni yang paling penting sebab aku memang takleh kalau stress. Hehe.) Kerja apa? Tu aku tak pikir lagi. MUAHAHAHAHA~ Ni semua bergantung kat rezeki aku la dapat kerja kat mana kan. Ok semua orang tolong doakan untuk aku skang. :P
  4. Kalau boleh aku nak majukan bisnes aku. Kerajinan tu kene ada. Kalau tak rajen cane bisnes nak jalan nye kan. Makanya azam yang betol adalah menjadi seorang Dieyla yang rajen. (Aku rasa tiap tiap tahun aku azam nak jadi rajen tapi tak jadi jadi gak. MUAHAHAHAHA~)
  5. Satu lagi benda aku nak majukan adalah blog aku yang satu lagi tu. Ehem yang bakal dilaunch tak lama lagi. Hehe. Bukan majukan apa. Tapi rajen la mengupdate. Ni satu lagi memerlukan kerajenan yang jitu. LOL. Ok kesimpulan dia, Dieyla dah takleh jadi malas. Baeklah. T____T
  6. Ok last sekali of course aku nak berubah kepada orang yang lebih baik. :) Baik untuk kawan-kawan, BF dan tak lupa kat family. Dan yang paling penting sekali untuk Allah s.w.t. InsyaAllah.

Cukup la tu kan. Kang banyak banyak bukan terbuat pun. Heh. List panjang lebar tapi yang buatnya 2 3 kerat je. Ni pun taktau boleh buat ke tak. Hehe. Ok wish me luck! So azam korang pulak hape?

Happy New Year everyone! :)

&

Happy Birthday Mama! Luv u!


P.s : Pasni nak siap siap nak pergi rumah Uncle aku kat Sg Buloh. Baeklah aku habeskan masa dengan family kan hari New Year ni dari duk melangut je kat bilik ni kan. Heh.

P.s.s : OMG! Dah nak masok 24 tahun weiii!! Ish. Tak sanggup tol aku bile tau umur sendiri. Heh.


Posted by: dieyla | December 31, 2009

Bye 2009! Hye 2010!

Haish cepat nya masa berlalu.

:(

Ok apehal ntah start start entry dah wat muke masam. Uhuk uhuk. Sesungguhnya aku tak rasa harini hari yang happy untuk aku. Sebenarnya memang sedih bila dah nak masok tahun baru. AKU TAKNAK TUA WEIIII!!! Apesal cepat sangat masa berlalu niiiii!! Answer me pls. Huhu. Dah lah dengan sesema tak baek baek. Ok tak baek merungut. Tapi bila dah demam demam ni muka pun memang muka orang sakit la. Muka tak siap. Tau tak cane rupa dia muka tak siap? Ok takyah tunjuk. Buruk beno eyh. Dengan hidung merah. Mata kuyu bukan macam ikan puyu boleh buat orang tergoda. Ceh.

Harini dijangka akan menghabiskan masa di bilik je. Sebabnya. Emm.. Takyah la bagi sebab. Tapi memang aku rasa pelik sikit la. Tapi takpela. Ada la tu hikmah dia kat mana mana tu. Bersyukur je la dengan apa yang ada and apa yang kita dapat. Ye tak?

Ok tak baek sedih sedih and emo. Dah nak New Year oi! Hehe. So korang countdown kat mana? Aku countdown dalam mimpi je kot. :P Sesungguhnya aku memang tak suka pergi tempat yang crowded dan kene bersempit sempit dengan manusia. Duk kat bilik lagi bagos la bukan? Even ada sedikit sedih sebab Kekasih Hati is not around time countdown nanti. :( Tapi takpela. Tak penting pun sume tu kan?

Azam baru? Nanti la kite pikir. :P Azam lama ntah ke mana mana nak azam baru konon. Ceh. Sepanjang tahun 2009 ni, aku taktau la ape yang menarik berlaku. HAHAHA sengal kan. Macam semua benda sama je dengan tahun tahun lepas. BF sama. Kawan sama. Environment sama. Nothing interesting heh. Cuma baru baru ni je yang excited sikit sebab first time ever in my life aku dapat 4 flat. LOL. Amek 2 subjek je pun. Kalau tak dapat 4 flat lagi memang saje je kan. But im happy sbb dapat buat Mama happy. :) Pssssttt dapat pow Mama jugak. Tu jangan lupe. Muehehehe~

Bende yang paling tersedih (Ok paling lagi ter lagi. Memang fail BM neh. Heh.) yang jadik pada tahun 2009 adalah aku kehilangan E71 aku. Dah jadi macam nyawa aku tu wei! Bukan senang nak dapat. Tapi senang je dia nak hilang. Sob3~ Tapi tu sume dinamakan takde rezeki kan. And sampai skang aku tak beli phone baru lagi. Still bertahan dengan phone yang boleh SMS je ni. Call memang haram tak dengar dah. Heh. Sabar je la kan.

Dan 2009 jugak tahun Abangah aku tunang. (Last entry punya cite) And Haziq (adik aku) dapat 9A’s dalam PMR dia. Woo Im glad! Im glad! Vangge aku ade adik bijak camtu. Heh. Dulu Kakak dia ni kantoi Sejarah. Ok takyah citela. Memalukan je. Sejarah pun boleh kantoi. Bukan kacang je ke? Tapi kalau dah memang tak suka Sejarah tu memang dah takleh nak watpe la kan. Hehe. SPM nanti buat leklok k adik ku! Owh SMU dulu. Sebab dia sekolah Maahad. Ok besar besar nanti jadi Doktor yang boleh jadi Ustaz jugak ok? :P Woh. Tinggi cita cita Kakak dia ni. Hehe. (Erk. Terbanyak la pulak aku membebel.)

Biase la hidup ni ade pahit manis dia kan? Kalau takde semua tu bukan hidup namanya. :) Pape pun, life must go on! Yeah!

Last but not least,

Bye 2009! :(

And Hye 2010! :)


Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Dan semoga tahun 2010 jadi lebih exciting dengan dah grad Master and kawen mungkin?

HAHAHAHA~

Amin. (Ok Amin jangan lupe. :P )

P.s : Ok ni last entry untuk tahun 2009. Sedih shiyottttt! Ingat nak buat gempak sikit malam ni. Tapi tak berjaya heh. Takpe kita postpone dulu. :P


Posted by: dieyla | December 31, 2009

Bertunang & Merisik

Wohoooo~ Lame gile tak update. Balik dari bercuti teros lupe diri lupe blog. LOL. Bukan bukan. Bukan lupa. Tapi takde masa. Eceh. Bosan la bukan dengar alasan ni? Tapi memang betol pun. Tolong la percaya cakap diri ini. *Muka innocent* Ok banyak gileee benda nak update ni. Kita cantumkan sekaligus satu entry ok gak kan. Biar berpinau semua orang baca. MUAHAHAHA~ *Gelak jahat*

Skang ni dah ada kat kolej tercinta terbenci. Haha. Makanya memang banyak la masa nak online. Kalau kat umah tu memang banyak lagi kerja lain nak buat. Ok tak payah nak melalut banyak banyak. Kita update ikot kronologi. (Betol ke perkataan aku guna ni? Perkataan nak gempak je. Ngeeeeee~)
19th December 2009.

Berlangsungnya pertunangan Abangah aku dengan Kak Asz. Rumah tunang abang aku tu terletak dekat Jengka. Jengka 16 kot. Tak ingat dah Jengka berapa. Hehe. Majlis simple simple je. Sebab plan pun dah last minute. Hantaran pun buat sendiri je. Ehem. Aku banyak tolong ok. Nak bangga sikit. Hehe. Tu first time kot dalam family buat kerja-kerja camtu. Memang tak reti langsung. Main bedal je.
Pastu time nak g minang tu pun macam tak prepare sangat pun. LOL. Lawak gile bila ingat balik. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. :) Daripada majlis tu, banyak benda yang aku belajar. Ye la. Pasni mana tau aku pulak nak bertunang ke, senang la. LOL. Gatey betol. :P  Nak tengok ke gambar tunang abang saya? Ehe. Orang nya kecil molek ye. Tapi jangan main main. Dia tu doktor gigi. Kang dia cabot gigi korang baru tau. :P

Ok bapak malas gile nak cite satu satu. Paham paham je la. Tak pun kalau rajen tolong letak caption sendiri. Muehehehe~ Yang pasti im happy for my big bro. Tak sangka bertunang jugak abang aku ni ha. (=_=)” Even telah melangkah bendul abang sulong aku. Tapi takpela. No big deal pun kan. Heh. Kalau abang abang aku sume kawen cepat boleh lah aku menyusul pulak. Eceh gatey!

20th December 2009

Ok keesokan harinya pulak acara merisik “kawan” Bandi. (Abang sulong aku.) “Kawan” abang aku yang sorang ni pulak nama dia Kak Nora. Kenapa “kawan”? Sebab abang aku cakap camtu. Ngeh3~ Gile penat wei 2 hari sekaligus nak meminang dengan merisik anak orang. Ape kau ingat senang ke nak dapat anak dara orang ha? Susah tahu? :P Merisik pulak kat Bangi.

Ok lepas amek gambar last sekali tu camera pun habes bateri. Kambeng gurun tol kan. Haha. Sempat amek gambar Kak Nora sejibik je. Heh. Sadis betol. Dah lah tak nampak muka pun. Korang imagine je la muka dia cane. Muahahaha~ Majlis tu pun simple je. Ala nak merisik je pun kan. Bagi cincin tanda. Taknak ada orang kebas. Heh.

Wajar ke tak aku sambung hari seterusnya? Macam tak wajar je. Macam dah panjang je entry ni. Ngeh ngeh~ Okla. Kita jumpa next entry.

P.s : Aku nak habeskan entry tahun 2009 before masok New Year. Agak agak sempat tak ek? Macam tak sempat je kan? Sebab entry holiday dijangka makan masa berhari hari. Ceh. Cakap je la malas kan. Takpela. Kalau tak sempat kita postpone sampai tahun depan pun takpe. (Which is tomorrow deyyy!!)

Posted by: dieyla | December 17, 2009

Away.

Esok akan ke negeri Pahang.

Pastu ke negeri Wilayah Persekutuan. (Ceh poyo gel.)

Pastu akan ke negeri Penang.

Wooo~ Best gile kan? Hehe.

Tak sabar dah nak g bercuti sambil pinang anak dara orang. LOL.

Selamat bercuti cuti Malaysia untuk diri sendiri. Hehe.

Blog pun akan turut bercuti.

Taktau bile pulak blog akan diupdate.

Jangan rindu aku ek. :P

Last but not least,

Salam Maal Hijrah buat semua! :)



P.s : Aku tak packing barang pape lagi ni! Esok pagi dah nak bertolak. Haiya! Malas gile! Huhu~ (-_-!)


Posted by: dieyla | December 17, 2009

Aktiviti Cuti.

1. Minum minum

Hayaki

Dalam masa sebulan lebih aku cuti ni boleh kira dengan jari je bape kali keluar ngan bebudak ni. Nak wat cane. Masing masing busy dengan kerja and practical. (-_-!) Aku jugak yang banyak masa duk tengok tv je. Kalau bebudak ni ajak keluar petang petang pun aku sayang nak tinggal tb kesayangan. Haha sabar je la kawan kawan aku ngan aku kan. :P Tapi satu lagi reason susah nak keluar sebab bebudak ni habes keje pukul 6. Aku ni anak dara mana elok keluar maghrib maghrib kan. Huhu. Tapi kalau sekali sekala tu takpela. Dimaapkan. Hehe.

Kawan di mana mana. Kat KL pun muka ni. Kat KB pun muka ni. Ok ailebiu.

2. Pantai weeee~

Haritu sempat la pegi pantai kejap. Ada budak tu mengidam nak makan sotong. Pergi PCB. Manusia punya lah ramai. Memang jem habes la kat pantai tu. Tapi kitorang pegi pantai bukan nak pergi tengok pemandangan ke nak pegi amek angin pantai ke apa. Pegi pegi je bila dah dapat parking yang punya lah susah nak dapat tu huhu teros cari kedai order dan makan. Dah kenyang tu teros blah. Haha. Tapi kalau tengok keramaian orang kat situ nak jalan jalan memang tak de mood la. Berbillion billion orang. Aku pun taktau mane datang sume orang. Apesal suka sangat pegi pantai ni? Pegi tempat lain takleh kah? (-_-!)

Macam biasa, ni la muka nya. Takde muka orang lain dah. Heh.

With Yani.

With Syuq.

The SEAfood. Ok kenyang gile makan benda yang menggatalkan aku ni. Huhu.

Bukan senang nak dapat air kelapa ni. Aku nak yang buah tu tapi lupa nak cakap. Huhu~


Contact lens baru yang nampak biru. Tapi nama die Sterling Gray. Owh nooo!! Nak mata lama! Huhu~

3. Kenduri kendara

Ok time cuti memang tak terkira la bape banyak kenduri aku pergi. Memang banyak. Aku kalau boleh KALAU nak kawen nanti taknak buat majlis kawen time cuti. Nanti orang pun tak nak datang sebab dah banyak sangat kenduri kena attend. Ye dok? Huhu. Pastu macam tak spesel je. Haha gedik gile nak spesel spesel. Kalau dapat kawen 090911 nice gak. Aik? Dah ade tarikh? KAHKAHKAH! Tak tak. Takde maknanye. :P

With my little sis, Afia.

4. Engagement preparation

Yang ni paling exciting. First time weh dalam family aku ada yang nak bertunang. Hehe. Tapi still. Bukan aku la kan yang nak bertunangnye. Kalau aku yang nak tunang aku nak goyang kaki je. LOL. Ni Bangah aku yang nak tunang. (Ok kawan kawan dah melepas ye semua. Dah takde can dah nak ngorat abang aku. :P )

Hantaran semua buat sendiri. Selain tak membazir, seronok owh bile kita buat sendiri ramai ramai dengan auntie auntie aku. Kalau buat sorang sorang taknak gak aku. Tapi kalau dah buat ramai ramai memang seronok la. Siap dah beli glu gun tu. Haha. Pasni habes la sume benda nak pasang renda renda bila dah ada glu gun tu. LOL. So far, sume benda dah siap. Well. Nak tunang nya Sabtu. Dengan orang Jengka. Ada sesapa orang Jengka tak kat sini? Hehe. Boleh la jumpa kat sana nanti. :P

Abang aku yang nak tunang tapi aku yang nervous. Ceh apehal ntah. Abang aku rileks je takyah buat pape. Bagi duit je. Kuang asam kan. Haha. Tapi aku baru tau skang betapa susah nya nak kawen dengan orang jaoh. Nak bawak segala mak nenek bagai tu cane ntah nanti. Mau habes penyek segala benda. Haha naseb la kan. Err.. Kene cari orang Kelantan gak la camni. Baru senang sikit. Aku rasa kalau bf aku orang Kelantan mesti mama aku bersyukur gila. Tapi.. Haha takyah tapi la.

P.s : Sepanjang buat preparation takde pulak amek gambar. Heh sengal betol aku. Tak terpikir langsung nak amek gambar ke ape. Huhu~

Tu je la rasanya aktiviti aku sepanjang cuti selain dari tido makan sampai naik 3kg. Fuh. Haru betol! Tapi yang paling penting sekali. Cuti dah nak abes ni weiii!! Huhu~


Posted by: dieyla | December 14, 2009

When Afia Turns To Ten.

Ok macam tak percaya my little sis dah 10 taon. Ingatkan baru 10 bulan. Ceh melampau la tu. Cepat gile masa berlalu. Tapi apesal aku rasa adik aku tak besar besar lagi nih??? Aku tengok dari dulu sampai skang tang tuuu jugak! Ok maybe aku yang tak perasan dia da besar. (-_-”)

Semalam buat birthday party dia. Buat awal sehari. The party was great. And perot penoh! Mesti tambah satu kg lagi. Haha. Lantak ah. Buat BBQ sikit, Makan bihun goreng sikit. Makan cake sikit. Makan pulut dengan rendang sikit.  Ye ke sikit? Hehe. Thanx untuk sesapa yang datang. The cousins, the jirans. Tapi kawan kawan saya tak datang. Taknak kawan. Haha gedik gile. Macam la birthday party aku kan. Tapi memang rugi sesapa yang tak datang tu. Bluek!

Gambar blur gile. Aku dah ade parkinson kot skang. Heh.

HAPPY 10TH BIRTHDAY AFIA HANUM!

MAY GOD BLESS YA!

JANGAN NAKAL NAKAL!

LUV YA!

P.s : Aku busy sikit lately (Ceh) sampai tak dapat nak update blog. Tapi malas tu ada sikit la. Hehe.

Posted by: dieyla | December 7, 2009

Bukan kebetulan, tapi takdir menentukan.

Semalam, (06.12.09) berlaku satu tragedi yang semua orang pun dah tau. Kononnya “KBMall runtuh.” Tapi sebenarnya kete yang jatoh menyebabkan bumbung runtuh. Di atas kuasa takdir, aku berada di tempat kejadian semalam. Dan aku amat bersyukur bukan aku yang jadi mangsa kejadian. Alhamdulillah. Ku syukur pada Mu Ya Allah. Masih panjang umur ku. Malang tidak berbau. Dan ajal maut di tangan Tuhan. Sebenarnya kalau nak pikir logik memang tak tercapai la akal logik macam mana kereta boleh jatoh dari atas bumbung supermarket yang terkenal kat KB tu. Tapi bila dah tau cite sebenar, memang logik.


Source : FB

Ni la kete yang jatoh tu. Mula mula orang cakpa macam iswara. Pastu satria. Yang betol nya adalah Ford Laser. Tu pun tau dari berita. Sebab memang dah tak nampak rupa sangat kan. Memang banyak versi la jadinya.

Ceritanya begini.

Semalam aku dengan adik aku 2 orang, Wan dengan Haziq ke KB Mall. Kononnya nak g trade in seluar Levi’s aku. Sebab kat Levi’s skang boleh trade in seluar and dapat RM80 rebate. Tapi rupanya syarat dia kene beli RM280 dulu. Kire kene beli selai seluar dulu la baru leh trade in then beli lagi selai seluar? Heh. Hampeh. Then dah tau camtu teros tak jadi. Pastu jalan jalan la kami adik beradik beli barang barang lain. Then dah siap beli barang tu adik adik aku tetibe masok kat tempat pool pulak. Diorang nak main pool seround. Takkan la kakak dia yang comel ni nak ikot masok sama kan? Dah lah semua orang laki dalam tu. Gilo apo. Pastu aku pun bawak la diri sorang sorang.

Time tengah jalan tu aku kena sekat dengan orang jual insurans. (Sebab tu la aku tak suke jalan sorang sorang.) Aku memang malas nak dengar benda benda camtu sebab aku ni memang senang terpengaruh. Memang bahaya. Mula mula aku memang taknak duduk. Pastu dia paksa gak aku duduk. Hampeh tol. Main paksa paksa lak. Pastu dia cite la pasal dia punya insuran tu. Bla bla bla~ Aku dengar je. Tapi bile dah dengar lama lama tu mesti la terpengaruh sikit sikit kan. Sampai la time aku bagi ic aku kat brother tu.

Tibe tibe..

Bunyi something yang kuat giler. Macam benda jatoh. Aku ingat kan tiang runtuh ke apa. Pastu brother tu cepat cepat g berlari kat tempat kejadian tu. Time tu aku memang tak berani nak g dekat langsung. Tapi dalam hati memang dup dap dup dap la. Cuak gile. Nak lari takleh. Sebab ic aku ade dengan brother tu. Hampeh. Tempat kejadian dengan tempat aku duduk ada dalam 2 meter je kot. Time tu orang ramai sume panik. Ada yang jerit “KbMall runtuh!!” Pastu memang sume orang lari. Aku nak lari gak. Tapi kene amek ic dulu. Pastu aku pun tunggu la brother tu datang semula.

Aku : Ape dah jadi?

Brother : Ada kete jatoh.

Aku : Haaaa???? (Sumpeh tekejot gile.)

Brother : Ada 2 orang cedera. Sorang pregnant. Sorang nurse.

Aku : Ya Allah. (Aku rasa time tu muka aku memang takde darah kot. Pucat and cuak gile. Dalam hati aku cakap apesal aku tunggu kat sini lagi ni.)

Kepala otak time tu memang takleh nak berpikir sangat. Jantung berdegup kencang. Tapi Si brother tadi boleh pulak sambung nak suruh aku masok jugak. Sengal sungguh. Sampai kan ade sorang brother lain tanya. “Takot ke dik? Takpe. Kucing rumah awak selamat lagi.” Cis. Boleh pulak buat lawak time genting camtu. Dia boleh cakap camtu sebab nampak aku bawak plastik ade whiskas kot dalam tu. Bukan masalah kucing. Masalah aku dengan adik adik aku. Time tu aku taktau adik aku kat mana. Memang cuak la.

Mula mula dia cakap takyah bayar pape pun takpe. Boleh bank in nanti and bayar ansuran je. Sebab aku cakap aku takde duit. Pastu aku macam ok la. Total kene bayar RM339 untuk seumur hidup. Pastu tetibe je dia mintak ATM card aku. Aku tanya nak buat ape? Cakap tadi takyah pakai duit pun takpe. (Aku dah tak sedap hati dah time tu.) Dia nak ATM yang paling aktif. Aku cakap sume aktif. Pastu aku pun bagi la die maybank card aku. (Aku berani bagi tu sebab dalam tu memang takde duit pun. Actually sume card ATM aku takde duit. KAHKAHKAH! Bagos gak. Kalau tak, aku rasa memang kene pau dah semalam.)

Pastu dia siap mintak pin number. Lepas dia masokkkan kat mesin untuk debit duit tu.  Aku tanya nak buat ape ni? “Untuk cabutan bertuah.” Cabutan bertuah WTF kan? Pastu bile die tengok takde duit dalam tu. Dia tanya. “Ada ATM card lain tak yang aktif? Yang ade duit?” Oku confirm dia nak amek duit aku. Memang siyalan la. Penipu habes. Tadi bukan main lagi cakap takyah bayar pun takpela ape la. Bangang. Pastu aku cakap la sume ATM aku takde duit. Tapi aku tak sure dalam Bank Islam ade ke tak. Aku rasa ade kot sikit. Tapi aku tak bagi la kat dia. Ish apesal la aku bodo sangat g bagi ATM card kat die. Siap masokkan pin.

Mama aku cakap maybe aku kene pukau. Sebab time tu adik adik duk cari aku kat area situ diorang boleh tak nampak aku. Tapi kalau kene pukau takkan la aku boleh ingat sume benda kan?Kalau ade duit dalam tu memang habes la aku. Berputih mata la jawabnya. And selamat jugak before tu aku dah keluar duit dari CIMB aku. Ok pastu dia tanya aku “Nak booking tak? Bayar 100 ke 200 dulu.” Pastu aku pun buat buat la tengok purse. Dia tanya “Ade berapa? 300? Memang siyal kan orang tu? Tadi bukan main lagi cakap tak nak duit. Memang bi a bi ai la.

Pastu aku macam “Takpela. Taknak la. Adik saya dah lama tunggu tu.” Pastu aku pun blah. Time aku dah blah tu brother brother lain yang ejen diorang jugak duk panggil panggil aku mintak number phone. Bodo tak bodo la. Dah turun bala macam tu sekali sempat lagi nak mengorat anak dara orang. Ish tak paham tol aku. Kot ye pun nak buat bisnes agak agak la. Ada orang meninggal kot kat situ. Bukan eksiden sikit sikit. Diorang ni macam takde perasaan. KEdai lain aku tengok semua dah tutup nak lari balik. Diorang boleh tercongok lagi kat situ. Dah lah tempat diorang tu memang dekat gile ngan tempat kejadian tu. Tapi pedulik la kan. Baek aku selamatkan diri aku dulu.

Aku pun berlari la naek eskalator g kat tempat parking. Ntah macam mana semalam aku suruh adik aku parking kat atas. Padahal kat bawah bukannya penuh pun parking. Tapi inilah dinamakan takdir. Tapi aku terkejut gile bila dah sampai kat kete tengok tengok adik aku takde pun dalam tu! Ya Allah memang takot gile la. Takot papehal jadi kat adik aku. Pastu aku SMS cakap aku dah kat kete. Nak call takleh sebab phone aku tengah rosak. Pastu dalam 5 minit camtu nampak kelibat adik adik aku naek eskalator. Alhamdulillah diorang takde pape. Diorang tak sempat cakap pape aku cakap cepat masok kete.

Source : FB (Rooftop parking KB Mall)

Pastu before balik tu kitorang pun pergi la tengok bumbung yang kene langgar dengan kete macam kat atas ni. Memang horror la. Tempat tu memang tak logik kene langgar sebab bukan tempat parking pun kat situ. Tapi kalau dah kete rosak and then kene tolak sampai jatoh ke bawah tu memang logik la. Lagi satu taktau ape benda fungsi benda alah macam loteng tu.  Time tu polis sume tak sampai lagi. Time kitorang dah turun bawah baru polis ambulance sume sampai. Jalan memang jem. Manusia memang ramai. Ada gak rasa nak tengok. Tapi tengok ramai sangat orang and nanti jadi lagi jem, baek kitorang balik awal awal. Time kat traffic light tu nampak diorang keluarkan mangsa. Huhu~

Time kat Traffic Light ni baru berani nak keluarkan camera sendiri. Before tu memang tak terpikir langsung. Memang cuak wei. Kalau korang jadi aku tau la cane kecuakan tu. Gambar kabur sebab dah zoom. Stendet la tu camera bukan canggih mana pun.

Ni orang orang yang tengok dari luar. Kat seberang jalan.

Ni pulak student Masterskill yang duk kat divider jalan. Maybe kawan diorang yang jadi mangsa tu. Huhu~ Al-Fatihah untuk arwah yang jadi mangsa kejadian.

Masa kejadian lebih kurang pukul 5.

O tadi cuak sangat. Ni boleh pulak amek gambar aksi camni. Adik aku la punya idea ni. Bile dah balik tu rasa lega la sikit. Tapi memang tak sabar nak balik nak cite kat mama. Huhu~

Ni lagi sengal.

Pape pun, aku bersyukur sangat kami adik beradik terselamat. Semalam macam 2 tragedi menimpa aku. Satu : Nak kene pau dengan brother tu. Dua : Kereta jatoh dari bumbung. Balik tu aku memang buat sujud syukur. Allah masih memelihara diri ini. Alhamdulillah. Dan ini semua bukan kebetulan. Tapi takdir yang menentukan. Sama sama lah kita renungkan.

Further reading :

Posted by: dieyla | December 5, 2009

Anugerah Skrinnnnnn!!

  1. Semua orang update pasal Anugerah Skrin yang berlangsung semalam. Aku tak nak cakap banyak pun. Semua orang pun dah tau sape yang menang sape yang tak kan. Kalau nak tau jugak sape yang menang tu kau pandai pandai la google. (HAHA pemalas gel.)
  2. Tapi yang pasti aku menyesal sangat sebab cancel nak g PC Fair malam tadi hanya disebabkan nak tengok Anugerah Skrin. Padahal dah tau memang tiap tiap tahun pun bosan. Kau bagi la sape pun yang jadi MC. Tapi kalau dah sume nak kene ikot skrip je memang bosan la. Pastu banyak pulak membebel. Ok tadi taknak cakap banyak. Tercakap pulak.
  3. Sebab utama aku tengok semalam nak tengok CT keshayangan je. Last performance baru keluar. Sigh. (=.=)” Dah lah before tu tak tunjuk langsung muka CT.  Aku dah kecewa dah mula mula. Nak suprise la konon hek? Tapi yang pasti CT cantek gileeee! (Ok sape tak suka CT kat sini diam diam je.) Pastu dia macam dah kurus la. Tapi aku rasa kalau dia pakai tudung betol betol mesti lagi chantek kan. Kan kan?
  4. Sepanjang Anugerah Skrin semalam aku duk update twitter je. Nampak sangat tak tengok sangat pun sebenarnya. Tengok mana yang penting je. Heh.
  5. Kita tak payah la nak pertikai sape menang sape tak. Diorang dah selamat pun dapat anugerah. Pasni nak g LA lak. Korang bising tak puas hati pun diorang pedulik ape. Kalau aku pun aku dah tak kesah sebab bukan leh ubah pape pun. Heh.

Ok dah. Nak mandi mandi pastu banyak hal lagi nak buat harini. Happy weekend cume! :)

P.s : Malam tadi aku tak tengok betol betol time Rozita Che Wan bagi anugerah. Patot la Si BF cakap Rozita seksi namampos. Aku boleh cakap “Biase je. Dia memang camtu.” (Dengan yakennye.) Rupenye muka je tutup. Tapi kat bawah takde kain. Sengal sungguh.

P.s.s : CT tetap dihati. Hehe~


Posted by: dieyla | December 4, 2009

Pashmina For Sale. :D

Malas nak update kat Dieyla’s Boutique. Update kat sini je la. :P

Sebab saya taknak update kat sana : Nak jual 2 ketul je. Hehe.

Description :

Pashmina ni lebey kurang shawl la. Tapi kaen die lain sikit. Memang takyah gosok pun. (Ehem untuk sesape yang pemalas macam haku kan memang sesuwaii la. :D ) Pastu lagi satu pashmina ni tak tebal pun. Makanya memang tak panas la. And die punya lebar and panjang memang sama dengan shawl biasa. :P 1 more, pashmina ni memang senang je nak pakai. Kalau takyah pakai pin langsung pun takpe. Main belit belit je. Ajaib kan? Hehe~

P1 : Brown Stipey Pashmina

Status : Available

RM20 (Free postage)

P1 : Cream Stipey Pashmina

Status : RESERVED

RM20 (Free postage)

Okeh. Kalau berminat SMS ke 012-7418787. (SMS je tau. Call takyah. Phone aku tengah rosak. Hehe~)

Kalau sayang kredit boleh email je kat dieyla.azmee@gmail.com.

Okey peeps! Till then~

Older Posts »

Categories